Thursday, 12 November 2015

pengenalan

1)    PERSEDIAAN PROSUDER BILIK RAWATAN

Untuk memulakan rawatan, juruterapi harus peka terhadap penyediaan bilik untuk rawatan urutan badan. Sesebuah bilik rawatan harus disediakan katil agar pelanggan dapat merasai selesa sewaktu rawatan dijalankan.


 Pastikan tempat rawatan tersebut dikemas rapi dan dihiasi dengan perhiasaan yang sesuai supaya pelanggan berasa selesa dengan keadaan tersebut.

Salun kecantikan menyediakan bilik rawatan serta katil yang sesuai digunakan untuk melakukan rawatan.  


 


 

2)    PELBAGAI JENIS PERKAKASAN

Pelbagai jenis perkakasan yang digunakan untuk membuat rawatan badan seperti troli, mangkuk, berus, spatula ,tuala, penimbang badan dan sebagainya. Spa kecantikan harus mempunyai perkakasan yang sesuai dan  untuk digunakan sewaktu rawatan.  Perkakasan ini mesti disusun di tempat yang sesuai dan selamat.


3)    JENIS KEMUDAHAN ALATAN UNTUK RAWATAN BADAN

Salun kecantikan harus menyediakan jenis peralatan mesin badan yang digunakan untuk kemudahan sesuatu proses rawatan. Pelbagai jenis mesin yang digunakan dan sesuai dengan keadaan badan pelanggan tersebut.
Rawatan badan menggunakan sauna wap mudah alih. Alat tersebut digunakan selepas rawatan urut.



Contoh Rajah 1 : Sauna wap                             Contoh rajah 2 : Wet sauna      

IMG_20151013_161905.jpg                  IMG_20151013_161856.jpg



-       Sebelum memulakan rawatan dengan sauna haba kering ini, pastikan terapi mengenalpasti kontra indikasi pelanggan mengikut prosuder dan teknik yang betul.
-       Menggunakan sauna ini pastikan mengikut masa yang bersesuaian.




4)    JENIS PERALATAN (MAGNIFYING LAMP)

Apa itu magnifying lamp ? Magnifying lamp memiliki fungsi pembesaran yang dilengkapi dengan lampu dingin untuk memaksimalkan efektivitas persperktif. Memudahkan untuk melihat kondisi pada kulit.  Alat ini diperlukan pada sesebuah salun kecantikan. 




Tekan untuk lampu menyalaIMG_20151013_180110.jpg
                                  


Rajah 2 :  Contoh juruterapi menggunakan alat Magniying Lamp.

                     IMG_20151013_180058.jpg




5.  JENIS-JENIS BAHAN


Mengikut prosuder dan teknik dalam penyediaan bahan dan alat rawatan dengan bahan yang sesuai .  Antaranya ialah :

i)         Head band

IMG_20151013_182554.jpg                 IMG_20151013_182542.jpg

Headband  adalah aksesori pakaian yang
 dipakai di rambut atau di sekitar dahi,Biasanya
untuk memegang rambut dari muka atau mata.

ii.)          Span badan

                    
IMG_20151013_183851.jpg

Digunakan untuk membersihkan kekotoran
selepas mencuci badan.




iii)      Tisu Kapas

 
 


IMG_20151013_184452.jpg

Tisu kapas ini biasanya digunakan di muka.Komponennya terlalu lembut dan kecil.


iv)      Disposible Brassierel dan Panty disposable

           IMG_20151013_185438.jpgIMG_20151013_185426.jpg


Bra dan seluar dalam pakai buang penting dipakai semasa rawatan dijalankan. Ini kerana, sesuatu rawatan senang dilakukan.





v)       Topi mandi (shower cap)


IMG_20151013_190613.jpg

Dikenali sebagai topi mandi yang dipakai semasa mandi atau semasa melakukan rawatan. Reka bentuk yang dibuat dari satu lapisan kalis air.

6.  Bahan Massage Badan

IMG_20151013_192145.jpg

Sebelum memulakan rawatan, terapi kecantikan harus menyediakan bahan untuk urutan badan. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mencuci badan pelanggan menggunakan bahan yang sesuai seperti body cleanser dan scrub. Selepas selesai mencuci badan pelanggan, lakukan urutan badan dengan bahan seperti minyak atau losyen. Pelbagai jenis minyak urut aromaterapi yang wangi dan badan menjadi segar.




7)  Kebersihan diri / Fizikal


Sebagai terapi kecantikan, kebersihan diri dan fizikal harus dijaga. Ia merangkumi kebersihan mental dari segi kebersihan pertuturan,perlakuan,pemikirann dan kerohanian. Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup.

Dalam aspek lain, ia lebih mendisplinkan diri yang tinggi dan memastikan diri berada dalam keadaan yang bersih sepanjang masa. Selain itu, mendapatkan rawatan dengan segera apabila tidak sihat/dijangkiti penyakit.
Kepentingan menjaga kebersihan ini dapat mengurangkan risiko dari dijangkiti penyakit. Kebersihan persekitaran juga perlu diperihatinkan agar kesihatan kita menghidup udara lebih selamat. Secara keseluruhannya, kebersihan adalah sangat penting dalam kehidupan kita,tidak kiranya kebersihan diri,kebersihan makanan ataupun tempat tinggal. Kita perlu mengingati bahawa menjaga kesihatan baharu boleh mempunyai badan yang sihat.


8) Keselamatan

Keselamatan di dalam salun kecantikan sangat penting untuk melakukan sesuatu rawatan. Ini kerana bahan atau alatan yang digunakan dapat memberi kesan jika keselamatan tempat rawatan atau rawatan dijalankan tidak dijaga dengan baik.
Sebelum memulakan rawatan, pastikan pelanggan tidak memakai barang kemas atau barang sejenis berlogam. Selain itu, pendawaian elektrik mesti memenuhi keperluan mana-mana kod tempatan yang berkenaan. Pastikan juruterapi dan pelanggan tidak menyentuh elektrik dengan tangan yang basah.




9) Kelengkapan alat produk dan bahan
    disusun dengan prosuder dan teknik.


Produk dan bahan yang digunakan haruslah disusun dengan mengikut prosuder dan teknik. Ini kerana bahan tersebut dapat dijaga dan dikawal dari bahan rosak. Jenis produk dan bahan untuk disimpan menempatkan kerja dalam proses pengendalian jumlah pengeluaran.


poster